Friday 21 October 2011

selamat bercuti warga perssap~

Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Nampaknya tak lama lagi semua akan mula bercuti sempena Deepavali..Mungkin ada yang dah mula bertolak ke kampung masing-masing..semoga semuanya pergi dan pulang dalam keadaan yang sELAMAT..Gunakanlah cuti yang ada sebaik mungkin bersama keluarga..walaupun aasignment sangat SIKIT banyak..hahha..tapi pandai-pandailah bahagikan masa ye...YAKIN PADA DIRI SENDIRI!!

PENGUMUMAN:
KEPADA BARISAN KEPIMPINAN PERSSAP SATU PERJUMPAAN PERTAMA AKAN DIADAKAN SELEPAS CUTI DEEPAVALI.MASA DAN TARIKH AKAN DIBERITAHU KEMUDIAN.FIKIR-FIKIRKANLAH PERANCANGAN PROGRAM UNTUK PERSSAP =)



oleh:Mohd Loqmanul Hakim

Wednesday 19 October 2011

BARISAN KEPIMPINAN PERSSAP SESI 2011/2012

BARISAN KEPIMPINAN PERSATUAN MAHASISWA SAINS PERTANIAN   (PERSSAP) UPSI SESI 2011/2012

PENASIHAT: PROF. MADYA DR. MOHAMAD B ABU BAKAR
PRESISDEN: MOHD LOQMANUL HAKIM B KAMARULDZAMAN (SEM5)
TIMBALAN PRESIDEN:NURMAHIRAH BT MAIDIN (SEM 5)
SETIAUSAHA:HASNI HIDAYAH BT HASSAN (SEM 1)
NAIB SETIAUSAHA:NORHARYANI BT MOHD ALI (SEM 3)
BENDAHARI:MOHD MARWAN BIN MAZELAN(SEM 5)
NAIB BENDAHARI:SOLEHAH BT ZULKIFLI(SEM 5)

1)EXCO AKADEMIK DAN KERJAYA
·         ABDUL RASYID BIN ABDUL RAHMAN (SEM 3)
·         WAN SHAZWANIE BT WAN YUSOFF (SEM 5)

2)EXCO KEBAJIKAN DAN KEMASYARAKATAN
·         SYAMIMI ATIA BT YUSRI (SEM 5)
·         NOOR SYAHIRAH BT MD SABRI (SEM 1)

3)EXCO PERHUBUNGAN AWAM DAN KORPORAT
·         HAZLIN BT HAMIZI (SEM 5)
·         SITI MARDHIAH BT MANSOR (SEM 5)


4)EXCO SUKAN DAN REKREASI
·         MOHD AKMAL BIN MOHD ANWAR ( SEM 3)
·         SITI NUR KALYISAH LIYANA BT MOHAMAD ZAIN (SEM 5)

5)EXCO PERPADUAN DAN INTEGRASI
·         MOHD HARIS BIN DRAHMAN (SEM 5)
·         ZURAINI BT AHMAD (SEM 5)

6)EXCO EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN
·         MUHAMMAD AL-AMIN BIN MAZLAN (SEM 5)
·         NORDIANA NAJUA BT ABDULLAH (SEM 1)

7)EXCO KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
·         SHEENA MAQUEENSON AK RAGIB (SEM 5)
·         SHALIEA ANNIES BT SALIKIN ( SEM 1)

8)EXCO LATIHAN DAN PEMBANGUNAN SAHSIAH
·         MOHD SOLEHI BIN MAT NAWI (SEM 3)
·         HASHIMAH BT HASHIM (SEM 5)

9) EXCO PENERBITAN DAN INFORMASI
·         MOHAMAD HAFIZI BIN IBRAHIM ( SEM 5)
·    NUR AIN BT MOHAMED EUSOFF (SEM 5)

KETUA-KETUA BATCH
·         KETUA BATCH 1: MUHAMMAD HANIF BIN AHMAD
·         KETUA BATCH 2:MOHD ASRIF BIN MADSARAPI
·         KETUA BATCH 3:NUR MANJA

TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPKAN
“BERBUDI PADA TANAH BERBAKTI PADA MASYARAKAT”


KAPASITI AHLI PERSATUAN
234 ORANG

OLEH : MOHD LOQMANUL HAKIM
PRESIDEN PERSSAP 2011/2012

Monday 17 October 2011

INFO TERKINI: KUTIPAN YURAN PERSSAP

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA~
Seperti yang dipersetujui bersama pada malam AGM PERSSAP yang lalu.Yuran Perssap adalah sebanyak RM 10.00 untuk setiap semester.Untuk itu, selaku bendahari PERSSAP saya telah tugaskan setiap ketua batch untuk malakukan kutipan tersebut sebelum cuti Deepavali.Mohon kerjasama semua warga PERSSAP untuk membuat pembayaran pada ketua batch masing-masing sebelum Deepavali. Semoga melalui yuran keahlian tersebut kita sama-sama dapat melaksanakan program.

Bayaran boleh dilakukan kepada:
Ketua batch 1: Hanif
Ketua batch 2: Asrif
Ketua batch 3: Manja

"Jika terdapat sebarang permasalahan dan persoalan boleh terus berhubung dengan Bendahari perssap.Berbudi pada Tanah Berbakti pada Masyarakat"

oleh:Mohd Marwan, Bendahari Perssap sesi 2011/2012

PERSATUAN MAHASISWA SAINS PERTANIAN UPSI

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
selamat datang ke laman web rasmi persatuan mahasiswa sains pertanian(PERSSAP) universiti Pendidikan Sultan Idris.Persatuan ini telah ditubuhkan pada 25/12/2010.Persatuan ini mempunyai keahlian seramai 234 orang.Keahlian terbuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi Pendidikan sains pertanian universiti pendidikan sultan idris.Semoga blog rasmi ini menjadi medium untuk menyampaikan info dan maklumat berkaitan persatuan dari semasa ke semasa.





"Berbudi pada Tanah Berbakti pada Masyarakat"

BERITA: PROF ZAINAL HASILKAN NANGKA BAKA MASTURA


Mastura buah nangka terbaik




ZAINAL ABIDIN menunjukkan nangka madu Mastura yang terhasil daripada penyelidikannya di Kampung Paya Tok Akil, Tasek Gelugor, Pulau Pinang baru-baru ini.


NANGKA Mastura pertama kali diketengahkan kepada umum sekitar tahun 2000. Ia diiktiraf sebagai varieti buah nangka tempatan yang terbaik pernah dihasilkan setakat ini.
Mampu mencecah berat sekitar 20 hingga 30 kilogram (kg) sebiji selain menghasilkan ulas yang manis dan berwarna keemasan, kualiti nangka Mastura telah mengangkat nama buah tempatan.
Malah, penggemar buah-buahan tempatan yang pernah merasainya pasti bersetuju bahawa nangka Mastura merupakan nangka terbaik pernah dinikmati.
Namun, populariti Mastura menyebabkan umum kurang mengenali individu yang bertanggungjawab menghasilkan varieti nangka tersebut.
Juga digelar nangka madu, ia merupakan gabungan daripada nama Mas yang membawa maksud warna isi yang keemasan manakala tura pula membawa maksud tanaman untuk rakyat.
Ia adalah hasil ciptaan Profesor Dr. Zainal Abidin Abd. Aziz ketika beliau masih bertugas sebagai pensyarah di Pusat Pengajian Sains Kaji Hayat, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang sekitar tahun 1980-an.
Menurutnya, varieti nangka Mastura hanya diketengahkan setelah menyempurnakan penyelidikan selama dua dekad mengenai buah istimewa itu menerusi geran penyelidikan USM bernilai kira-kira RM1 juta.
Jelasnya, pada peringkat awal kajian, beliau telah bekerjasama dengan sebuah syarikat swasta dari Gopeng, Perak dan mengumpulkan sembilan genetik nangka terbaik dari seluruh Asia Tenggara untuk dikaji.
"Daripada sampel itu, sebanyak 400 titisan genetik berjaya dihasilkan dan selepas lapan tahun kajian, enam daripadanya diperkenalkan sebagai varieti baru dengan nama CJ-1, CJ-2, CJ-3, CJ-4, CJ-5 dan CJ-6.
BERAT nangka Mastura di antara 20 hingga 30 kilogram sebiji.


"Selepas tiga hingga empat tahun ditanam dan mengeluarkan buah, orang ramai menggelarkannya nangka madu," katanya ketika ditemui Kosmo! di ladang penanaman nangka Mastura di Kampung Paya Tok Akil, Tasek Gelugor, Pulau Pinang baru-baru ini.
Di atas tanah seluas 12 hektar milik Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) yang dijadikan tapak kajiannya, Zainal Abidin kini turut menjalankan penyelidikan 20 buah-buahan tropika lain termasuklah durian belanda, jambu air, belimbing, longan, rambutan, pulasan dan roselle.
Walaupun berjaya menghasilkan nangka yang mempunyai ciri-ciri baik, namun kajian terhadap varieti nangka tidak terhenti di situ sahaja.
Menurut Zainal Abidin, sebanyak 400 titisan genetik daripada enam varieti CJ-1 hingga CJ-6 telah dikaji semula dan selepas lapan tahun, satu titisan daripadanya telah dipilih. Mengapa?
Ini kerana ia mempunyai sifat-sifat yang dikehendaki iaitu mempunyai saiz buah yang besar, mengeluarkan ulas yang manis dan isinya yang keemasan.
Varieti itu diperkenalkan kepada umum dengan nama CJ/USM 2000 Mastura yang kemudiannya menerima nama jolokan nangka Mastura seperti yang dikenali pada hari ini.
Malah, nangka Mastura juga mempunyai ciri-ciri yang baik. Antaranya ialah buahnya berbau harum, isi yang tebal, buah tidak mudah rosak, pokok yang lebih tahan serangan penyakit dan berbuah sepanjang masa.
Jelasnya, pokok nangka Mastura dengan ketinggian di antara 4.5 meter hingga 5.4 meter mampu mengeluarkan buah pertama selepas 18 bulan ditanam. Ia boleh mengeluarkan dua putik buah dalam tempoh sebulan selain mampu hidup selama lebih dua dekad.
Sehingga kini, varieti nangka Mastura paling banyak ditanam di Pahang yang melibatkan keluasan ladang kira-kira 1,200 hektar manakala di Terengganu dan Selangor pula melibatkan penanaman masing-masing seluas 160 hektar yang benihnya dipasarkan menerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di negeri itu.
ISI nangka Mastura kuning keemasan.


Sebagai kesinambungan kepada kejayaan yang telah dihasilkan menerusi penemuan varieti nangka Mastura, Zainal Abidin yang telah bersara sebagai pensyarah di USM masih lagi meneruskan kajiannya.
Kini kajian terbarunya yang dilaksanakan sejak lima tahun lalu sudah memasuki peringkat penilaian terhadap 200 sampel titisan yang dihasilkan daripada kacukan beberapa jenis nangka terbaik termasuklah nangka Mastura.
"Kajian terbaru saya ini dijangkakan dapat menghasilkan empat lagi baka baru nangka yang mempunyai ciri-ciri baik, mungkin lebih baik daripada nangka Mastura.
"Saya jangkakan dalam masa setahun dua lagi, ia dapat diperkenalkan kepada umum untuk ditanam secara komersil di kawasan pertanian," katanya.

WARGA PERSSAP MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA PROF ZAINAL ATAS KAJIANNYA MENGHASILKAN BAKA NANGKA YANG MENDAPAT SAMBUTAN~TAK SABAR NAK RASA=)

Saturday 15 October 2011

SELAMAT DATANG PELAJAR BARU SAINS PERTANIAN UPSI

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
Barisan Kepimpinan PERSSAP mengucapkan selamat datang kepada pelajar baru ijazah sarjanamuda Pendidikan sains pertanian UPSI ambilan september 2011.Rasanya belum terlambat lagi untuk mengucapkan selamat datang.Semoga pelajar semester 1 akan dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran UPSI .Amalkan sikap hormat-menghormati antara satu sama lain semoga kehidupan di alam universiti akan lebih tenteram dan teratur.Utamakan sikap yang lebih peka dan sentiasa berfikiran matang.Kerana kehidupan di universiti berbeza berbanding di sekolah.Semoga mahasiswa-mahasiswi bakal guru sains pertanian menjadi insan yang mampu meyumbang kepada keutuhan modal insan negara.Sentiasalah berusaha walau apa jua rintangan yang melanda.

Setitis dakwat dari pena ~
Mohd Loqmanul Hakim 

Pages