Tuesday 10 January 2012

PROGRAM ISEP| PERTUKARAN PELAJAR KE LUAR NEGARA=)

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA...

Seorang pelajar Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Sains Pertanian UPSI telah terpilih untuk Program pertukaran pelajar dibawah program ISEP. Nurul Syuhada Bt Mohd Roki ,pelajar semester lima akan meneruskan pengajian di KANSAS STATE UNIVERSITY MANHATTAN, USA selama 1 semester..Saudari Nurul syuhada Mohd Roki telah berlepas ke sana pada 4 januari yang lalu...Kepada warga PERSAP mari sama-sama kita doakan keselamatan rakan kita ni sepanjang perjuangannya di bumi Hamburger tersebut =)


Syuhada Roki di Kansas State University!


Mungkin ada warga PERSAP yang tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan Program ISEP dan bagaimanakah cara untuk memohon..Oleh itu Admin sempat bertanya beberapa soalan daripada saudari Nurul Syuhada berkaitan program ini..Mungkin pelajar junior masih ada masa berusaha untuk terpilih mengikuti program ini pula...Berikut beberapa soalan yang diutarakan...

 1)Terangkan tentang latar belakang saudari.

- Nurul Syuhada binti mohd roki 
-asal : terengganu
-sek.red : sek.ren.keb.sri kemaman (darjah 1)
-sek.ren.keb kemasek (darjah 2 dan 3)
-sek.ren.keb kerteh (darjah 4,5 dan 6)
-sek.men : sek.men.keb kerteh ( ting.1)
-terengganu elite school mak lagam (TESMAL) ting.2-5
-kolej matrikulasi pahang (1 tahun)


2) Berapakah PNGK anda setakat ini? 
- PNGK : 3.93


3)Saudari telah mendapat universiti apa untuk pertukaran pelajar?
- Kansas State University (KSU), Kansas, Manhattan, USA

4)Boleh saudari berkongsi bagaimanakah cara untuk memohon pertukaran pelajar luar negara dan apakah kriteria utama yang diperlukan berdasarkan pengalaman saudari?
- melalui program ISEP. UPSI adalah satu-satunya universiti di Malaysia yang terlibat dalam program ini dan saya adalah batch pertama yang dihantar oleh UPSI.
-cara untuk mohon semua telah tertera pada laman tersebut.
-secara umumnya, saya dipilih oleh prof.mohamad mengikut persetujuan pihak fakulti.namun, itu hanya stage yang pertama.Stage seterusnya ialah interview dan english proficiency test oleh salah seorang pensyarahTESL.Setelah semuanya saya lulus dan disahkan layak mewakili UPSI untuk program ini, saya dibantu oleh Prof Mohamad dalam memilih university yang boleh saya pergi menuntut.Antara universiti pertanian terbaik adalah di Australia iaitu La Trobe University. Tetapi saya tidak layak untuk kesana kerana pihak sana meminta laporan ujian TOEFL or IELTS iaitu international level english test. kebanyakan universiti di luar negara memerlukan laporan ujian ini. Cadangan saya, sesiapa yang mempunyai duit lebih n masa lebih, boleh mengambil ujian ini bila-bila masa di institut bahasa;
Oleh itu, saya memilih KSU kerana ia tidak memerlukan ujian tersebut tetapi akan diuji sewaktu minggu orientasi disana.
-kriteria utama;untuk program ini, xde kriteria khusus, cume nak lepasi stage2 di UPSI bagi pemilihan itu yang berat sikit. Tentulah sokongan daripada pensyarah adalah paling penting.
secara umumnya;moderate to high proficiency english (speaking,writing,listening)

PNGK 3.75 n above.



5) Dari segi pembiayaan yuran disana adakah terdapat penaja ataupun duit sendiri setelah mendapat tawaran pertukaran pelajar ini?
-program ISEP menaja yuran pembelajaran disana, penginapan dan makanan (20 kali makan
seminggu)
-manakala UPSI menaja tiket penerbangan pergi-balik, passport dan visa
-Duit sendiri (tajaan Yayasan Tunku Abdul Rahman) digunakan untuk brg2 peribadi, buku, yuran
makmal, aktiviti (kalu nk beraktiviti kt sana cth;melancong etc).

6) Berapa lamakah saudari akan berada di sana?
-1 semester (6th january till 17th may).

7)Apakah nasihat saudari kepada warga PERSAP terutamannya pelajar yang berminat untuk mengikut jejak saudari?
- nasihat??.. sentiasa yakin pada diri dan berani mencuba. Bersemangatlah dalam apa jua kerja atau aktiviti yang dilakukan (juz live to the fullest).



juz live to the fullest

SELURUH WARGA PERSAP DOAKAN KESELAMATAN DAN KEJAYAAN SYUE DISANA!




Sunday 1 January 2012

SELAMAT DATANG 2012

SELAMAT DATANG 2012..SEMOGA TAHUN 2011 YANG BERLALU MENJADI KENANGAN KEPADA WARGA PERSAP.DAN SEMOGA TAHUN 2012 YANG AKAN KITA HADAPI INI AKAN MENJADIKAN KITA LEBIH MATANG DALAM MENGHADAPI LIKU KEHIDUPAN.pERCAYALAH SETIAP USAHA YANG ANDA LAKUKAN AKAN MERAIH KEJAYAAN YANG PASTI MEMBUAT ANDA TERSENYUM..

UNTUK SESI INI DIHARAP SEMUA WARGA PERSAP DAPAT MEMBERIKAN KERJASAMA DAN PENGLIBATAN YANG PROAKTIF BERSAMA BADAN KEPIMPINAN PERSAP SESI 2011/2012..SETAKAT INI KITA TELAH MELAKSANAKAN 2 PROGRAM..NANTIKAN PROGRAM SETERUSNYA...

SELAMAT MAJU JAYA DAN SELAMAT MENEMPUH 2012!


Pages