Tuesday 27 December 2011

MISI MENJEJAK BUKIT BROGA

Aktiviti kedua PERSAP anjuran Exco Sukan dan Rekreasi iaitu Misi menjejak Bukit Broga yang terletak di Semenyih sudah berjaya dilaksanakan(Alhamdulillah) pada hari Isnin yang lepas bersamaan 26 Disember 2011. Seramai 80 ahli persap termasuk penasihat PERSAP iaitu Prof. Madya Dr Mohamad Bin Abu Bakar menyertai aktiviti ini. Aktiviti dimulakan dengan pembahagian kumpulan, taklimat keselamatan, meregangkan badan dan sedikit tazkirah daripada penasihat PERSAP. Aktiviti pendakian bermula pada pukul 10:30 pagi dan sampai di puncak ketiga pada pukul 12.00 tengahari. Cuaca agak panas dan berangin kencang dapat dirasai ketika berada di atas puncak bukit. Setelah mengamati dan menikmati keindahan ciptaan Maha Pencipta, serta selepas sesi bergambar, kami mula menuruni Bukit Broga pada pukul 1.00 petang dan sampai di bawah pada pukul 1:45 petang. Aktiviti pendakian ini kemudiannya disusuli dengan aktiviti merendamkan badan di Hutan Rekreasi Sungai Tekala pada pukul 2:30 petang sehingga pukul 4:00 petang.

 Pembahagian 80 ahli PERSAP kepada 8 kumpulan 
dilakukan oleh AJK aktiviti Rasyid Rahman

 Aktiviti meregangkan badan yang diketuai AJK keselamatan 
iaitu Asrif atau lebih dikenali abang 'Mohon' aka Roman Picisan
 Sedikit tazkirah diberikan oleh penasihat PERSAP iaitu 
Prof Madya Dr Mohamad bin Abu Bakar

 Peserta pendakian dilepaskan secara berkumpulan


 Antara laluan pendakian menuju ke puncak Bukit Broga



 Usaha menawan puncak ketiga diserikan dengan semangat kerjasama. 
Apa yang penting? KERJASAMA...

 Gambar sebahagian peserta yang berjaya menawan puncak ketiga

 Aktiviti menuruni cerun Bukit Broga

 Antara aksi-aksi kanak-kanak riang di Sungai Tekala

 "Saya suka air Air Terjun Tekala!!!"

Bergambar sebelum meninggalkan Hutan Rekreasi Sungai Tekala

  Antara spesis yang berjaya ditemui terdampar di Sungai Tekala.
roman picisan var mohon


 Wajah-wajah kepenatan menghiasi bas UPSI

Antara rekaan inovasi fesyen tudung ketika 
tidur yang terbaik..haha(ketawa sopan)

     Terima kasih di ucapkan kepada semua ahli yang terlibat di dalam aktiviti ini. Kepada semua Ahli Jawatan Kuasa, tahniah dan syabas diucapkan kerana berjaya melaksanakan aktiviti ini dengan lancar. Semoga aktiviti-aktiviti PERSAP pada masa akan datang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kepada semua ahli PERSAP, selamat mengharungi minggu belajar dan menghadapi peperiksaan dengan hati yang tenang serta senyuman....

MISI MENJEJAK BROGA HILL

PROGRAM KE-2 PERSAP sesi 2011/2012| MENJEJAK BROGA HILL
ANJURAN: EXCO SUKAN DAN REKREASI
PESERTA: 80 ORANG 

Pada 26 Disember 2011 seramai 80 orang peserta yang mengambil Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Sains Pertanian telah melakukan misi MENJEJAK BUKIT BROGA.Program anjuran Exco sukan Dan REkreasi Persap sesi 2011/2012 yang diketuai Saudari Siti Nur Kalyisah Liyana dan Saudara Muhamad Akmal Mohd Anuar telah memberikan impak yang positif dalam melahirkan warga Persap yang seimbang dari semua aspek iaitu dalam bidang akademik dan sukan.

Kami bertolak dari Tanjung Malim ke semenyih pada pukul 7.30 pg dan tiba di lokasi pada pukul 10 pg.Setelah melakukan aktiviti regangan kami mendengar sepatah dua kata daripada Prof Muhammad Bin abu Bakar selaku pENASIHAT pERSAP.Antara intipati ucapan beliau ialah"Tujuan utama kita datang ke sini adalah untuk melihat kebesaran MAHA PENCIPTA"

Tepat pukul 10.30 pagi bermulalah misi menjejak bukit Broga.Semua peserta dibahagikan kepada 8 kumpulan dan bermulalah aktiviti mendaki bukit.Allhamdulillah walaupun terdapat beberapa peserta yang mengalami masalah dari segi kesihatan namun pendakian telah berjalan dengan lancar.Tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan.Hampir 80 % berjaya menawan puncak ke-3 bukit broga.manakala 20% lagi berjaya menawan sehingga puncak pertama dan ke-2 .Tahniah dan syabas atas pencapaian tersebut.Tidak kisah puncak mana yang didaki yang penting semua ahli berjaya MENJEJAK BUKIT BROGA!Dan secara konklusinya Misi menjejak Bukit broga mencapai objektif yang digariskan.

Tepat pukul 1.20 tghri semua peserta tiba di tapak permulaan.Kami meneruskan perjalanan ke hutan rekreasi Sg Tekala.AKtiviti menyejukkan badan memberikan kepuasan kepada peserta.Dan tepat pukul 4 petang kami bertolak balik ke Bumi Tanjung Malim.Sesungguhnya aktiviti kali ini memberikan satu pengalaman baru dalam diari Persatuan Mahasiswa Sains Pertanian UPSI=)Terima kasih atas sokongan yang diberikan.Selamat maju jaya!



tiba di lokasi
memanaskan badan..

memulakan aktiviti mendaki
BERAT sama ditolak..ringan sama ditarik..heheh
Menjejak bukit Broga!mendaki hingga ke puncak~
Prof Muhammad berjaya menawan puncak broga!!



pemandangan puncak..jalan mencabar!
Suasana keindahan bukit broga!
gigih!
Puncak pertama ditawan!
Turun ke kaki bukit..

 Air terjun sungai tekala..bestttt!


Gimik je ni!hehehheheh

Saturday 24 December 2011

MALAM TAUTAN KASIH DAN PERLANTIKKAN BARISAN KEPIMPINAN PERSSAP =)

Program pertama:Malam Tautan Kasih dan Perlantikkan Barisan Kepimpinan Persap Sesi 2011/2012
Anjuran:Exco Akademik dan Kerjaya


Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Allhamdulillah selesai sudah Program Pertama PERSAP anjuran Exco Akademik Dan Kerjaya. Program malam Tautan Kasih dan Perlantikkan Exco Persap ini adalah bertujuan untuk merapatkan ukhuwah antara warga PERSAP dan melantik secara rasmi badan kepimpinan sesi 2011/2012...Program ini telah dirasmikan oleh Prof Zainal Abidin B Abd Aziz, ketua Jabatan Sains Pertanian.Terima kasih juga Kepada penasihat persatuan Prof Mohammad Abu Bakar dan semua pensayarah yang hadir.

 Sekalung Penghargaan kepada semua yang terlibat menjadi urusetia dan semua warga PERSAP yang menghadirkan diri pada malam tersebut.Kami badan kepimpinan PERSAP mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli yang memberikan sokongan untuk menjayakan malam tautan kasih.Allhamdulillah 85 % ahli menghadirkan diri.Ini secara tidak langsung menunjukkan ahli PERSAP semakin peka dengan program yang dijalankan.Harus diingat semua program PERSAP adalah untuk anda kerana anda membayar yuran keahlian.

"BERBUDI PADA TANAH BERBAKTI PADA MASYARAKAT"






SALAM UKHUWAH =)
PROGRAM KE-2 PERSAP-MENJEJAK BUKIT BROGA ANJURAN EXCO SUKAN DAN REKREASI..SELAMAT BERIADAH!

Pages