Tuesday 27 December 2011

MISI MENJEJAK BROGA HILL

PROGRAM KE-2 PERSAP sesi 2011/2012| MENJEJAK BROGA HILL
ANJURAN: EXCO SUKAN DAN REKREASI
PESERTA: 80 ORANG 

Pada 26 Disember 2011 seramai 80 orang peserta yang mengambil Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Sains Pertanian telah melakukan misi MENJEJAK BUKIT BROGA.Program anjuran Exco sukan Dan REkreasi Persap sesi 2011/2012 yang diketuai Saudari Siti Nur Kalyisah Liyana dan Saudara Muhamad Akmal Mohd Anuar telah memberikan impak yang positif dalam melahirkan warga Persap yang seimbang dari semua aspek iaitu dalam bidang akademik dan sukan.

Kami bertolak dari Tanjung Malim ke semenyih pada pukul 7.30 pg dan tiba di lokasi pada pukul 10 pg.Setelah melakukan aktiviti regangan kami mendengar sepatah dua kata daripada Prof Muhammad Bin abu Bakar selaku pENASIHAT pERSAP.Antara intipati ucapan beliau ialah"Tujuan utama kita datang ke sini adalah untuk melihat kebesaran MAHA PENCIPTA"

Tepat pukul 10.30 pagi bermulalah misi menjejak bukit Broga.Semua peserta dibahagikan kepada 8 kumpulan dan bermulalah aktiviti mendaki bukit.Allhamdulillah walaupun terdapat beberapa peserta yang mengalami masalah dari segi kesihatan namun pendakian telah berjalan dengan lancar.Tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan.Hampir 80 % berjaya menawan puncak ke-3 bukit broga.manakala 20% lagi berjaya menawan sehingga puncak pertama dan ke-2 .Tahniah dan syabas atas pencapaian tersebut.Tidak kisah puncak mana yang didaki yang penting semua ahli berjaya MENJEJAK BUKIT BROGA!Dan secara konklusinya Misi menjejak Bukit broga mencapai objektif yang digariskan.

Tepat pukul 1.20 tghri semua peserta tiba di tapak permulaan.Kami meneruskan perjalanan ke hutan rekreasi Sg Tekala.AKtiviti menyejukkan badan memberikan kepuasan kepada peserta.Dan tepat pukul 4 petang kami bertolak balik ke Bumi Tanjung Malim.Sesungguhnya aktiviti kali ini memberikan satu pengalaman baru dalam diari Persatuan Mahasiswa Sains Pertanian UPSI=)Terima kasih atas sokongan yang diberikan.Selamat maju jaya!



tiba di lokasi
memanaskan badan..

memulakan aktiviti mendaki
BERAT sama ditolak..ringan sama ditarik..heheh
Menjejak bukit Broga!mendaki hingga ke puncak~
Prof Muhammad berjaya menawan puncak broga!!



pemandangan puncak..jalan mencabar!
Suasana keindahan bukit broga!
gigih!
Puncak pertama ditawan!
Turun ke kaki bukit..

 Air terjun sungai tekala..bestttt!


Gimik je ni!hehehheheh

1 comment:

ZAINAL said...

SEMOGA PERSAP AKAN MENGGAPAI KEJAYAN !!

Pages