Tuesday 27 December 2011

MISI MENJEJAK BUKIT BROGA

Aktiviti kedua PERSAP anjuran Exco Sukan dan Rekreasi iaitu Misi menjejak Bukit Broga yang terletak di Semenyih sudah berjaya dilaksanakan(Alhamdulillah) pada hari Isnin yang lepas bersamaan 26 Disember 2011. Seramai 80 ahli persap termasuk penasihat PERSAP iaitu Prof. Madya Dr Mohamad Bin Abu Bakar menyertai aktiviti ini. Aktiviti dimulakan dengan pembahagian kumpulan, taklimat keselamatan, meregangkan badan dan sedikit tazkirah daripada penasihat PERSAP. Aktiviti pendakian bermula pada pukul 10:30 pagi dan sampai di puncak ketiga pada pukul 12.00 tengahari. Cuaca agak panas dan berangin kencang dapat dirasai ketika berada di atas puncak bukit. Setelah mengamati dan menikmati keindahan ciptaan Maha Pencipta, serta selepas sesi bergambar, kami mula menuruni Bukit Broga pada pukul 1.00 petang dan sampai di bawah pada pukul 1:45 petang. Aktiviti pendakian ini kemudiannya disusuli dengan aktiviti merendamkan badan di Hutan Rekreasi Sungai Tekala pada pukul 2:30 petang sehingga pukul 4:00 petang.

 Pembahagian 80 ahli PERSAP kepada 8 kumpulan 
dilakukan oleh AJK aktiviti Rasyid Rahman

 Aktiviti meregangkan badan yang diketuai AJK keselamatan 
iaitu Asrif atau lebih dikenali abang 'Mohon' aka Roman Picisan
 Sedikit tazkirah diberikan oleh penasihat PERSAP iaitu 
Prof Madya Dr Mohamad bin Abu Bakar

 Peserta pendakian dilepaskan secara berkumpulan


 Antara laluan pendakian menuju ke puncak Bukit Broga



 Usaha menawan puncak ketiga diserikan dengan semangat kerjasama. 
Apa yang penting? KERJASAMA...

 Gambar sebahagian peserta yang berjaya menawan puncak ketiga

 Aktiviti menuruni cerun Bukit Broga

 Antara aksi-aksi kanak-kanak riang di Sungai Tekala

 "Saya suka air Air Terjun Tekala!!!"

Bergambar sebelum meninggalkan Hutan Rekreasi Sungai Tekala

  Antara spesis yang berjaya ditemui terdampar di Sungai Tekala.
roman picisan var mohon


 Wajah-wajah kepenatan menghiasi bas UPSI

Antara rekaan inovasi fesyen tudung ketika 
tidur yang terbaik..haha(ketawa sopan)

     Terima kasih di ucapkan kepada semua ahli yang terlibat di dalam aktiviti ini. Kepada semua Ahli Jawatan Kuasa, tahniah dan syabas diucapkan kerana berjaya melaksanakan aktiviti ini dengan lancar. Semoga aktiviti-aktiviti PERSAP pada masa akan datang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kepada semua ahli PERSAP, selamat mengharungi minggu belajar dan menghadapi peperiksaan dengan hati yang tenang serta senyuman....

No comments:

Pages